Paling Popular
Terkini

Menteri Kewangan Lim Guan Eng menjangkakan Malaysia akan mencapai kadar inflasi sederhana kira-kira dua peratus pada tahun ini berbanding 3.7 peratus pada tahun lepas.

Beliau berharap kadar itu dapat dicapai selepas pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bulan depan.

“Jika kia dapat kekalkan sekitar dua peratus, saya fikir ini cukup baik,” katanya dalam taklimat SST kepada media di kementeriannya hari ini.

Beliau juga juga kadar inflasi mungkin boleh jatuh lebih rendah lagi dari paras dua peratus.

Lim berkata kerajaan akan mengutip RM21 bilion berbanding RM44 bilion bawah sistem lama cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Keseluruhan 5,443 barangan dikecualikan daripada SST, 793 barangan dicukaikan lima peratus dan 5,612 barangan pula dicukaikan pada kadar 10 peratus.

Untuk perkhidmatan, sebanyak 25 kategori perkhidmatan dicukaikan pada kadar enam peratus.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS