Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rafidah: Kenapa Najib galak sangat minta disiasat?
Diterbitkan:  Sep 6, 2018 8:21 PM
Dikemaskini: 4:14 PM

Mantan menteri, Tan Sri Rafidah Aziz mengulas komen Datuk Seri Najib Razak yang mempersoalkan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya menjelang pilihan raya umum ke-14.

"Kenapa Najib sangat tidak sabar untuk disiasat... Dan untuk disoalsiasat mengenai perkara itu dan kemungkinan kaitannya dengan 1MDB?" Kata Rafidah dalam pesanan ringkasnya kepada Malaysiakini petang tadi.

Rafidah juga mendakwa terdapat kertas mesyuarat kabinet bagi membuktikan dakwaannya dan pentadbiran hari ini boleh mendedahkannya.

April lalu, beliau menyatakan syarikat yang dipunyai tiga individu memiliki tanah tentera dan kementerian pertahanan, yang dinafikan menteri pertahanan ketika itu Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Terdahulu hari ini, Najib mengingatkan mengenai tuduhan tersebut dan satu lagi dakwaan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengenai rizab bank negara.

Menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah, bekas perdana menteri berkata tuduhan itu disasarkan untuk mencetuskan kemarahan anggota tentera menjelang PRU14.

Najib menyoal apa yang terjadi dengan tuduhan tersebut, menjelaskan Pakatan Harapan yang telah berkuasa selama lima bulan boleh memulakan siasatan terhadap isu berkenaan.

Menyebut nama Allah

"Tetapi hingga sekarang, tiada pengumuman ataupun kenyataan pernah dibuat mengenai kedua-dua tuduhan yang amat serius ini," katanya pada hantaran Facebook.

Sementara itu, Rafidah berkata Mohamad Sabu yang menggantikan Hishamuddin mengumumkan bahawa dakwaan itu sedang disiasat.

Bekas ketua wanita Umno juga mengulas kenyataan Najib mengenai beliau menyebut nama Allah dalam membuat dakwaan berkenaan.

"Tentulah saya sentiasa menyebut nama Allah yang maha kuasa kerasa saya hanya menyampaikan fakta dan mahu menyuarakan hal itu di hadapan yang maha kuasa sebagai saksi saya. Tidak ada politik, jelas, tanpa niat jahat.

"Apa pun, kita telah pun menyaksikan pembalasan yang maha kuasa terhadap Najib dan konco-konconya... melangkaui segala ramalan beliau dan BN kalah pada PRU14 lalu.

"Kenapa beliau (Najib) masih mempersoalkan kekuasaan muktamad Allah yang maha kuasa dan keperluan kita sebagai manusia yang lemah untuk mematuhi kehendaknya dan selalu ingat jangan sekali-kali mengkhianati kepercayaan rakyat?" Katanya lagi.

Lihat Komen
ADS