Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Clare: 1MDB dedah rasuah sistem kewangan global

Skandal 1MDB bukan sahaja dilihat secara meluas sebagai kes rasuah terburuk dalam sejarah terdekat ini, menurut editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown ia turut menyorot cara-cara sistem kewangan syarikat pesisir luar (offshores) beroperasi dan kaitan dengan pihak-pihak yang menghidupkannya.

Pendedahan itu suatu kesempatan yang jarang-jarang berlaku, katanya. 

Beliau berkata hasil rasuah - sama ada korupsi balak dari negeri kelahirannya Sarawak atau penyelewengan skandal 1MDB - adalah sesuatu yang boleh dipertikaikan kecuali duit berkenaan "boleh ditunaikan" di seluruh dunia dan sistem kewangan global membenarkannya dengan menutup mata serta pengubahahn wang haram.

"Jadi, saya harap apa yang didedahkan melalui kajian kes mengenai 1MDB ini, yang menyediakan gambaran yang jarang-jarang berlaku berhubung cara kerja dalaman sistem kewangan syarikat luar pesisir yang rasuah dan perusahaan yang berkaitan.

"Ia akan membantu membuka mata pembuat keputusan dan orang-orang biasa mengenai bahaya yang sangat nyata terhadap kebebasan kita yang ditunjukkan melalui skandal ini.

"Kami bukan sahaja bertanggungjawab secara kolektif untuk apa yang berlaku di Sarawak dan dalam kes seperti 1MDB. Kita semua sama-sama terancam akibatnya (sistem korup pesisir).

"Fikirkan bagaimana Jho Low hampir-hampir dapat lepas," kata Clare ketika berucap di Petaling Jaya untuk melancarkan bukunya "The Sarawak Report: The Inside Story of the 1MDB Exposé."

Korupsi jejas perbendaharaan negara

Pelancaran itu anjuran Malaysiakini dan KiniTV, bersama penerbit Gerakbudaya dan Sheraton Hotel menaja tempat pelancaran itu.

Seramai 500 orang hadir majlis tersebut.

Rewcastle-Brown berkata dalam skandal 1MDB, para pesalah memastikan hasil (penyelewengan korupsi) dalam (bentuk) matawang dolar AS, mengambilnya jauh dari tempat kejadian dan menggunakannya untuk membeli hartanah di New York, Hollywood, kapal pesiaran mewah, jet dan karya seni.

Menurut Clare lagi, penipuan seperti itu dilakukan dengan bantuan "sekumpulan besar tentera pembantu asing yang sanggup (berbuat demikian)" yang terdiri daripada kalangan profesional termasuk pengurus dana, peguam, perunding cukai, pegawai perhubungan awam dan pihak syarikat luar pesisir yang bekerja sama.

Ia membantu golongan istimewa ini menyembunyikan kekayaan mereka yang tidak mahu diisytiharkan atau tidak dapat dijelaskan dan membiayai eksploitasi terhadap penduduk yang daif termasuk di Sarawak, katanya.

Beliau berkata korupsi menjejaskan simpanan perbendaharaan negara dan sistem kewangan sangat memerlukan peraturan.

Clare juga berkata pelancaran bukunya di United Kingdom mugkin ditunda sehingga Oktober tetapi ia akan tetap dihantar kepada yang telah membelinya buat masa ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS