Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Siasatan dalaman dapati tiada anggota pemilihan PKR langgar peraturan

Siasatan dalaman PKR memutuskan tiada anggota Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR yang melanggar peraturan pemilihan parti itu.

Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Rashid Din berkata siasatan pihaknya itu dibuat susulan penahanan dua pegawai pemilihan peringkat cabang di Kedah kerana didakwa terlibat politik wang.

"JPP terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan pemilihan parti diadakan dengan berintegriti, telus dan mengikut peraturan serta etika.

"Kami juga telah menjalankan siasatan dalaman dan ingin menyatakan bahawa setakat ini tiada pegawai kami yang didapati terlibat dengan aktiviti yang melanggar peraturan dan etika pemilihan parti," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor pagi ini.

Ahad lalu, media melaporkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mereman dua individu kerana disyaki meminta suapan berkaitan pemilihan bahagian PKR di Kedah.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS