Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pegawai kementerian akan jumpa pengantin kanak-kanak di K'tan

Pegawai daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang berada di Kelantan bagi bertemu gadis berusia 15 tahun yang bernikah dengan seorang lelaki berumur 44 tahun, kata menterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ia susulan laporan New Straits Times hari ini mengenai perkahwinan kanak-kanak itu yang berlangsung di Masjid Kampung Laut di Tumpat pada Julai lalu dan mendapat kelulusan mahkamah syariah.

Azizah yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata manakala pegawainya di Kelantan bagi meneliti perkara itu, terdapat batasan undang-undang kerana kementeriannya perlu mematuhi peraturan negeri.

"Para pegawai saya di sana sekarang dan mereka telah bertemu dengan gadis berkenaan. Mereka sedang meneliti perkara ini kerana kami cuba menaikkan umur perkahwinan kepada 18 tahun.

"Kami mempunyai undang-undang yang memperuntukkan jika mereka melanggar (syarat-syarat) ini maka mereka (pesalah) boleh didenda tetapi oleh (mahkamah) syariah, selanjutnya kamu juga perlu patuh kerana ia merupakan peraturan negeri," katanya.

Terdahulu, Wan Azizah merasmikan pusat jagaan kanak-kanan di pejabat Airasia RedQ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2).

Laporan NST menyebut kemiskinan sebagai sebab yang mendorong kedua ibu bapanya bersetuju anak perempuan mereka dinikahi lelaki tersebut yang telah pun berkahwin dan mempunyai dua anak.

Lelaki yang mengahwini gadis bawh umur terbabit merupakan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA).

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS