Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
K'jaan patut dedah laporan CEP, gesa timb menteri

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim menggesa laporan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) didedahkan buat tatapan umum.

Laporan CEP dan suatu lagi laporan oleh Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) sebelum ini diserahkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang kemudiannya berkata laporan berkenaan tidak akan dibuka untuk penelitian awam.

Hari ini, Sim mendesak supaya kerajaan mempertimbangkan semula keputusan itu

"Kerajaan perlu mendedahkan kepada orang ramai laporan CEP, terutamanya kerana keseluruhan idea yang mendorong penubuhan CEP adalah untuk melihat masalah dan cabaran negara selepas pilihan raya umum 9 Mei lalu.

"Dan kerajaan sekarang wujud hari ini disebabkan orang ramai ingin tahu (tentang masalah itu)," katanya pada sidang akhbar selepas Program Antarabangsa untuk Pembangunan Komunikasi, anjuran Unesco di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Beritahu rakyat secara terbuka, jujur

"Saya tidak nampak apa sebab kenapa kerajaan tidak boleh mendedahkan laporan itu.

"Walaupun saya sebahagian anggota pentadbiran, saya menyokong laporan ini dikeluarkan," katanya.


BACA: Jomo jawab kritikan pada CEP


Sim menambah bahawa penting bagi kerajaan Pakatan Harapan untuk telus demi akauntabiliti serta menguruskan jangkaan rakyat.

"Menjadi beramanah kepada rakyat bermakna memberitahu mereka secara terbuka dengan jujur.

"Sekiranya kita tidak dapat melaksanakan A, B atau C (dan kami menunjukkan bahawa ia adalah) kerana cabaran atau masalah yang dihadapi ... daripada sudut pandangan itu, saya percaya orang ramai akan faham," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS