Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bulan lalu memfailkan saman fitnah pertamanya atas kapasiti sebagai menteri wilayah persekutuan. Beliau menamakan pemimpin Gerakan Muslimah Malaysia, Wan Asshima Kamaruddin sebagai defendan.

Tindakan itu adalah berhubung hantaran wanita berkenaan di Facebook pada bulan Ogos, di mana dia melampirkan komen dan video yang mendakwa bahawa Khalid meluluskan acara LGBT terbesar di Kuala Lumpur.

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 13 Sept oleh firma Tetuan Mohamed Hanipa.

Khalid, yang juga adalah pengarah komunikasi Parti Amanah Nasional, mendakwa hantaran itu bermaksud beliau meluluskan pesta gay terbesar di pusat bandar semasa bulan kemerdekaan.

Perkataan itu juga membawa maksud bahawa beliau sanggup mengketepikan hak asasi umat Islam dengan meluluskan acara sedemikian dan bahawa beliau, sebagai pemimpin AMANAH, mengiktiraf LGBT di Malaysia.

Ia juga bermaksud bahawa sebagai menteri, beliau tidak menghormati undang-undang Islam seperti yang terkandung dalam Al Quran dan Sunnah dan bahawa beliau menyalahgunakan jawatannya sebagai menteri untuk mengangkat status LGBT dan hak-hak mereka.

Khalid memohon ganti rugi am, teladan dan pampasan teruk.

[Baca berita penuh]