Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib arah lapor polis terhadap Najib
Diterbitkan:  Oct 11, 2018 9:58 PM
Dikemaskini: 3:16 PM

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengarahkan pembantunya untuk membuat laporan polis supaya membuka semua kes-kes pembunuhan yang membabitkannya.

"Esok, saya akan meminta pembantu saya untuk membuat laporan polis terhadap saya supaya pihak polis di bawah kerajaan Pakatan Harapan boleh menyiasat semula jika saya terlibat dalam semua kes-kes pembunuhan ini," katanya dalam suatu hantaran Facebook malam ini.

Menurut Najib tindakannya membuat laporan polis terhadap dirinya sendiri itu selepas beberapa kali mendesak pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang supaya memujuk pihak berkuasa menyiasat semula beberapa kes pembunuhan berprofil tinggi.


BACA: Najib: Siapa yang tak rasional sebenarnya?


"Untuk kali kelima, saya mendesak Kit Siang untuk memenuhi apa yang dia mahu minggu lalu iaitu membuka siasatan khas untuk kesemua kes-kes ini tetapi saya rasa ini membuang masa sahaja untuk melayan dia.

"Kit Siang berpusing pusing cuba mengelirukan penyokongnya kononnya saya menulis Kit Siang pernah berkata tiada keperluan untuk kes-kes itu disiasat lagi, walhal saya sendiri berulangkali mahukan kes itu disiasat semula memandangkan HARAPAN kini adalah kerajaan," kata Najib lagi.

Sementara itu, MP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pula berkata Najib berbohong hampir setiap hari.

Menurut Kit Siang, Najib menuduh pemimpin parlimen DAP itu tidak mahu menggesa pihak berkuasa membuka semula siasatan terhadap beberapa kes antaranya pembunuhan warga Mongolia Altantunya Shaarribuu dan bekas pendakwa raya Jabatan Peguam Negara, Kevin Morais.


BACA: Misteri pembunuhan Morais, Altantuya: K'jaan digesa tubuh siasatan khas


"Najib bersalah kerana berbohong hampir setiap hari.

"Semalam Najib berbohong lagi dengan menyebut beliau bersetuju untuk membuka semula kes kematian misteri Altantunya Shaarribuu, Kevin Morais, Hussain Najadi, Teoh Beng Hock, tetapi "Kit Siang berkata kemudian kes-kes itu tidak patut disiasat lagi'.

"Bila saya cakap begitu?" Soal Kit Siang dalam kenyataannya hari ini.

Lihat Komen
ADS