Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

Esok, Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur akan memutuskan rayuan yang dibuat Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, anak Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud mengenai bayaran mutaah sebanyak RM30 juta yang dituntut bekas isterinya, Shahnaz A Majid.

Panel tiga orang hakim yang bersidang juga dijangka akan membuat penghakiman mengenai rayuan balas Shahnaz yang menuntut bayaran kuantam terhadapnya.

Beliau dilaporkan menuntut bayaran sejumlah RM100 juta. Mahkamah Rayuan Syariah merupakan badan kehakiman syarie yang tertinggi di Wilayah Persekutuan.

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Mohamad Abdul Karim Wahab pada 10 Mac 2016 telah memerintahkan Mahmud membayar kuantum itu selepas proses pendengaran yang panjang.

Hakim mengarahkan bayaran dibuat secara ansuran sebanyak tiga kali, setiap satunya berjumlah RM10 juta.

Bagaimanapun, Mahmud mendapat perintah penangguhan.

Perbicaraan ini merupakan kes bayaran mutaah paling besar dalam sejarah.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangan pada 9 Januari 1992 dan berpisah sejak 1999. Mereka bercerai secara rasmi pada 11 Mei 2011. Mereka memiliki anak lelaki berusia 25 tahun.

Di gantung tak bertali

Hakim Abdul Karim juga menegur Bekir kerana meninggalkan Shahnas selama 10 tahun.

"Pengabaian ini tidak boleh dipandang enteng. Peluang beliau untuk memulakan hidup baru terhalang dan beliau ditinggalkan, digantung tak bertali selama 10 tahun.

""Ini adalah jumlah yang wajar berdasarkan bukti dan dapat menghapuskan duka pihak isteri," kata Abdul Karim.

Mahmud diwakili peguam Saadiah Din dan Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, manakala peguam Rafie Mohd Shafie dan Akberdin Abdul Kader, mewakili Shahnaz, yang juga kakak kepada penyanyi ratu jazz Sheila Majid.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS