Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kes saman fitnah: TV3, Utusan bayar Anwar kos RM130,000

Syarikat Televisyen Malaysia Bhd (TV3) dan Utusan Melayu (M) Berhad (Utusan Malaysia) bersetuju menyelesaikan kes saman fitnah mereka dengan bakal Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan yang mengaitkannya terlibat dengan rasuah membabitkan badan kehakiman dan Pejabat Peguam Negara, lima tahun lalu.

Hal ini selepas Anwar mencapai penyelesaian serupa pada bulan lalu dalam kes saman yang sama dengan bekas calon BN di parlimen Permatang Pauh, Datuk Mazlan Ismail.

Penyelesaian di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu termasuklah, kedua-dua syarikat media berkenaan  sebagai defendan membayar kos berjumlah RM130,000.

Penyelesaian ini direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Faizah Jamaluddin hari ini.

Peguam Anwar, Sangget Kaur Deo berkata TV3 akan memohon maaf kepada Anwar pada siaran berita Buletin Utama malam ini manakala Utusan akan menerbitkan kenyataan itu sebelum atau pada 2 November 2018.

Hari ini, TV3 diwakili peguam Lim Qi Si manakala akhbar milik Umno itu pula diwakili peguam Azhar Arman Ali.

Dilaporkan pada 28 September lalu, Mazlan telah memohon maaf dan menarik balik kenyataanya yang dibuat lima tahun lalu.

Mazlan yang meletak jawatan sebagai ketua pegawai operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada sidang akhbar lima tahun lalu telah mendakwa Anwar mungkin terlibat dengan rasuah membabitkan badan kehakiman dan Pejabat Peguam Negara.

Anwar seterusnya memfailkan saman itu Pada 15 Oktober 2015, dengan menamakan Mazlan yang juga bekas Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), TV3 dan UMMB telah mengeluarkan kenyataan fitnah itu.

Anwar menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan serta perintah injunksi yang menghalang defendan daripada mengulangi atau menyiarkan semula perkataan fitnah itu

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS