Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Undi hantu' PKR Selayang: Bekas ADUN lapor polis

PEMILIHAN PKR | Bekas ADUN Rawang Gan Pei Nei hari ini membuat laporan polis mengenai kemungkinan terdapat pengundi hantu ketika pengundian di peringkat cabang yang menyaksikan kekecohan terjadi di pusat pengundian pada Ahad lalu.

Bercakap kepada pemberita di luar balai polis Gombak, Gan menuntut pihak polis untuk mengenal pasti sekumpulan individu bukan anggota cabang PKR Selayang yang dibawa dengan bas untuk mengundi.

Pusat pengundian berkenaan adalah Bandar Country Homes.

Calon berusia 37 tahun yang bersaing merebut jawatan ketua cabang PKR Selayang berkata kekecohan meletus apabila pegawai pemilihan parti menyapa beberapa individu yang disyaki pengundi hantu dan bertanyakan pengesahan pengenalan diri mereka.

"Mereka (pengundi hantu) datang berkumpulan dan mengakibatkan pengundi beratur panjang di pusat pengundian. Beberapa pengundi yang tulen meninggalkan kawasan itu tanpa mengundi kerana merasa putus asa menunggu," dakwa Gan.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan beberapa klip video dimuat naik dalam talian menunjukkan penyokong Gan menyoal kelayakan beberapa individu yang disyaki sebagai pengundi hantu.

Gan yang gagal dalam persaingan merebut jawatan Ketua Cabang PKR Selayang daripada penyandang William Leong pada Ahad lalu berkata pasukannya mengumpul bukti bagi menyokong aduannya dan mendesak pemilihan semula diadakan di cabang itu.

Gan berkata pasukan pemeriksanya mendapati kebanyakan individu yang cuba mengundi walaupun namanya tidak ada di dalam rekod keahlian cabang PKR Selayang datang dari anggota yang mendaftar di cabang-cabang PKR di Sabah.

Gan berkata walaupun pasukannya dapat menghalang beberapa individu, namun banyak lagi yang terlepas kerana jumlah mereka terlalu ramai.

[Baca berita penuh]


Lihat Komen
ADS