Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ajak Mahathir sertai Umno pelawaan nakal Annuar
Diterbitkan:  Oct 25, 2018 3:46 PM
Dikemaskini: 7:46 AM

Cadangan Setiausaha Agung, Tan Sri Annuar Musa supaya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai semula Umno adalah ‘pelawaan nakal’.

“Saya fikir itu mungkin satu pelawaan nakal, dan sebenarnya tak berapa logik.

“Bayangkan (Annuar) nak pelawa seorang yang sudah pun memegang jawatan perdana menteri merangkap pengerusi parti kerajaan untuk masuk ke parti pembangkang," kata Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kepada wartawan di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Annuar mempelawa Dr Mahathir untuk kembali menyertai Umno, susulan kenyataan perdana menteri yang mempelawa anggota partinya menyertai BERSATU.

Menurut Annuar, sebaliknya, Umno yang barangkali harus membuat tawaran balas iaitu menjemput Dr Mahathir dan ahli BERSATU untuk menyertai Umno.

"Sesungguhnya amat ramai ahli Umno, termasuk saya sendiri, amat sayang dan menghormati Tun (Dr Mahathir) dengan hati yang tulus ikhlas.

"Insya Allah, Umno itu tidak akan mati. Apa yang buruk, kita perbaiki bersama.

"Umat Melayu dan Islam akan lebih bersyukur kiranya ini terjadi. Sirih pulang ke gagang, belut pulang ke lumpur," kata Annuar.

Mengulas lanjut, Mukhriz yang juga menteri besar Kedah berkata, ajakan pimpinan Umno itu adalah tidak relevan.

"Dulu saya dipecat daripada parti manakala, Dr Mahathir keluar sendiri kerana memang kami tahu dariawal dulu Umno bermasalah.

"Jadi ketika kita dah berjaya untuk menumbangkan kerajaan BN, sekarang ini baru nak pelawa, saya ingat dah terlambat," katanya.

Lihat Komen
ADS