Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Najib sudah terlambat nak tunjuk sayang orang India'

Meskipun kini "sudah terlambat" bagi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjelaskan kegagalan Pelan Tindakan Masyarakat India (MIB), Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy tetap menjemput anggota parlimen Pekan itu menghadiri rumah terbukanya sempena Deepavali.

"Saya fikir meskipun kita boleh terima ucapan selamatnya kepada masyarakat Hindu, agak terlambat untuk beliau menyatakan rasa terkilan bahawa MIB tidak dapat dilaksanakan.

"Tak salah untuk beliau menyayangi masyarakat India tapi beliau tak boleh dengan mudah mengatakan MIB akan menyelesaikan masalah masyarakat India selama 60 tahun," kata Ramasamy kepada Malaysiakini sebagai mengulas kenyataan Facebook Najib awal hari ini.

"Bagaimanapun, saya fikir beliau perlu meluangkan masa mengunjungi rumah terbuka pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN).

"Beliau juga dijemput menghadiri rumah terbuka saya di Pulau Pinang," tambah Ramasamy yang juga merupakan ADUN Perai.

Dalam kenyataannya hari ini, Najib berkata beliau "sedikit terkilan" kerana MIB yang dilancarkannya tidak dalam dilaksanakan.

Najib juga mendakwa bahawa sekiranya BN masih berkuasa, pelan berkenaan akan dilaksanakan dan masyarakat India di Malaysia akan bertambah makmur.

"Masyarakat India sentiasa dekat di hati saya. Doa saya agar anda semua terus maju mengorak langkah dalam arus pembangunan negara.

"Selamat menyambut Hari Deepavali daripada saya sekeluarga kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu. Semoga perayaan ini membawa sinar cahaya kegembiraan dan kebahagiaan kepada semua. Deepavali Vaalthukkal," kata Najib.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS