Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Di mana 'salah' Najib? Ini penjelasan pegawai Maszlee
Diterbitkan:  Nov 7, 2018 2:23 PM
Dikemaskini: 6:23 AM

Seorang pegawai kanan menteri pendidikan tampil menjelaskan isu skim sarapan percuma berkhasiat untuk anak-anak daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) yang ingin diperkenalkan kerajaan.

Penjelasan itu menggambarkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tersasar ketika mengkritik langkah kerajaan dengan menyamakannya dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Pegawai Khas Maszlee, Zul Fikri Zamir Mohamad Munir berkata, menteri pendidikan bukan mengulas berkaitan RMT, tetapi sarapan.

“Pertama, Dr Maszlee sebut tentang sarapan. RMT ini makan masa rehat. Bukan sarapan. Kalau jam 10 pagi rehat, dah masuk kelas belajar tiga ke empat waktu, sarapan apa namanya tu?” katanya.

Najib Razak hari ini berkata Malaysia sudah lama mempunyai skim serupa, dengan sarapan percuma untuk kumpulan B40, iaitu RMT.

Dalam kenyataan dari Jepun, Maszlee berkata, kajian berkenaan merupakan hasil lawatan beliau ke sekolah awam Itabashi Daiichi Elementary School di Tokyo.

Menulis di Facebook, Zul Fikri Zamir juga berkata RMT hanya diberi kepada anak-anak tertentu sahaja.

Memetik data terkini kementerian, katanya, daripada 2,685,403 murid sekolah rendah, hanya 489,117 sahaja atau 18 peratus, yang mendapat bantuan RMT.

“Real juga Najib ni, baru bagi bantuan kepada 18 peratus anak-anak, dah 'pung pang' macam dia buat semua,” katanya.

Lihat Komen
ADS