Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

Ketua Sekreteriat Gerakan Pembela Ummah (Ummah) Aminuddin Yahaya menempelak Presiden PKR Anwar Ibrahim yang menyifatkan perhimpunan 8 Disemberi ini sebagai nakal dan tidak munasabah.

Sebaliknya Aminuddin berkata, perhimpunan itu sebagai tanda kesyukuran kerajaan tidak menerima Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd).

“Nak bersyukur apa salahnya, saya tak nampak apa masalahnya. Adakah bersyukur itu nakal. Peliklah sebagai seorang muslim, bersyukur tindakan nakal.

“Bagi saya kita tak boleh lah terima kenyataan tu. Tapi kita bersyukur atas kejayaan kita ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam Kongres Tolak ICERD di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Semalam Anwar berkata perhimpunan itu tidak perlu diteruskan kerana kerajaan telah memuktamadkan untuk tidak meratifikasinya.

"Sebelum ini, kita pernah berhimpun menolak ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), berhimpun untuk meminta pilihan raya yang bersih serta berhimpun untuk menolak kezaliman.

Gimik politik nakal

"Kalau nak berhimpun pun, biarlah di atas sebab yang munasabah sebab ini (perhimpunan) merupakan satu gimik politik nakal pihak pembangkang walaupun keputusan kerajaan telah menolak perkara berkenaan," katanya seperti dipetik Bernama.

Sementara itu, Aminuddin berkata mana-mana parti yang menyertai perhimpunan itu dibenarkan membawa bendera parti dan digalakkan membawa bendera Malaysia sebagai lambang keharmonian negara.

“Perhimpunan ni kita tak buat apa-apa peraturan kerana ia perhimpunan rakyat. Ia meliputi NGO, parti politk, kita tak kira dia pembangkang, kerajaan tapi rasa isu ini isu penting, dia boleh datang.

“Sama ada dia nak menaikkan bendera NGO atau parti, terpulang masing-masing cuma kita galak bawa bendera Malaysia sebagai lambang perpaduan dan dalam masa kita tak boleh halang parti-parti tertentu nak bawa bendera, NGO untuk beri sokongan pada perjuangan yang kita bawa,” katanya.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) itu berkata demikian mengulas saranan Presiden Perkasa Ibrahim Ali supaya mana-mana parti yang menyertai perhimpunan tersebut tidak membawa lambang parti masing-masing.

Ibrahim berkata, jika perkara itu berlaku maka niat asal menolak Icerd, tidak sampai.

Bekas Anggota Parlimen Pasir Mas turut berkata, jika perhimpunan kesyukuran itu mempunyai niat politik, maka Perkasa tidak akan turut serta kerana matlamat asal telah disalah gunakan.

Lihat Komen
ADS