Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Utusan terbit dakwaan Najib pinda audit lebih awal - Lim

Persoalan mengenai kewajaran Ketua Audit Negara Madinah Mohamad mendedahkan dakwaan laporan Jabatan Audit Negara telah dipinda juga patut ditanyakan kepada Utusan Malaysia, kata Anggota Parlimen Bagan Lim Guan Eng.

Menurut menteri kewangan, akhbar milik Umno itu telah menerbitkan laporan mengenainya lebih awal lagi dari yang dibuat ketua audit negara semalam.

"Sebelum ketua audit negara keluar kenyataan, saya pun terkejut macam mana Utusan sudah tahu.

"Dan sekiranya anda persoalkan adakah ini wajar atau tidak wajar, mengapa tidak persoalkan samada wajar atau tak wajar untuk siarkan jauh lebih awal?

"Yang penting bagi saya rakyat ada hak untuk tahu apa sebenarnya berlaku," katanya ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.

Lim menjawab soalan pemberita jika wajar bagi kerajaan untuk mengarahkan ketua audit negara mengeluarkan kenyataan kepada media, mendakwa bekas perdana menteri Najib Razak dan beberapa individu telah meminda laporan audit 1MDB itu.

Awang Selamat: Najib pengkhianat jika terbukti dakwaan

Pada 23 November lalu, Utusan Malaysia menerbitkan laporan Najib mengarahkan pindaan tersebut.

Memetik sumber, akhbar harian milik Umno itu melaporkan pindaan yang melibatkan mengeluarkan maklumat berkaitan Najib dan Jho Low.

Mingguan Malaysia semalam melalui pojok Awang Selamat pula menganggap Najib pengkhinat negara jika terbukti benar dakwaan meminda audit 1MDB.

Utusan turut memetik sumber yang menamakan pembabitan Najib dan beberapa pihak lain termasuklah bekas ketua audit negara dan bekas ketua setiausaha negara Ali Hamsa.

Kenyataan Madinah hanya dikeluarkan jabatan audit semalam selepas penerbitan laporan Utusan itu.

Lim berkata pemberita patut bertanya Utusan terlebih dahulu sebelum mengajukan solan terhadap kerajaan.

Katanya sangat penting untuk beliau dan orang ramai tahu apa yang sebenarnya berlaku.

"Saya tak pertikaikan (laporan Utusan).

"Tadi wartawan tanya adakah wajar atau tidak wajar untuk menyiarkan, jadi saya sebut mengenai hal itu, saya tak mahu terpalit dengan kontroversi dengan peguam Najib Razak.

"Kerana ini kes mahkamah. Tapi hasratnya ialah untuk memastikan kita cakap benar dan membolehkan rakyat tahu apa yang benar.

"Sekiranya ditanyakan wajar tak wajar pun kena tanya Utusan, kerana Utusan siarkan dua hari lebih awal," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS