Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
CEO ancam saman NUJ Utusan
Diterbitkan:  Nov 28, 2018 5:46 PM
Dikemaskini: 10:20 AM

Ketua pegawai eksekutif sebuah anak syarikat Utusan hari ini menuntut Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia Utusan Melayu (Nujum) membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya, jika tidak mahu berdepan saman RM10 juta.

CEO Media House Entertainment Zaenal Abidin mendakwa Nujum menuduhnya sebagai penipu dan penyangak di media sosial kesatuan itu.

Zaenal berkata Nujum bertindak demikian secara berniat jahat dan mahu menjatuhkan reputasinya.

"Saya yang diwakili peguam Vikram Singh Associates menggesa Nujum agar memohon maaf dan menepati lima perkara yagn dinyatakan dalam notis tuntutan saya.

"Notis telah diserahkan kepada Nujum pada 27 November lalu, dan mereka diberi masa tujuh hari untuk memenuhi tuntutan atau berdepan tindakan undang-undang," kata Zaenal dalam kenyataan, hari ini.

Dalam satu hantaran di laman Facebooknya, Nujum menceritakan tentang keadaan syarikat akhbar itu yang semakin tidak stabil dan dilanda kemelut kewangan akibat jualan iklan yang merudum, walaupun jualan akhbar dikatakan meningkat.

Nujum juga mempersoalkan tindakan syarikat mengambil CEO dan pegawai atasan yang menurutnya mendapat gaji yang besar, di saat pekerja ditawarkan tawaran pemberhentian sukarela (VSS).

"Siapa Zaenal COE Media House Entertainment? Tinjauan mengaakan dia ini gangster dan penipu. Inikah individu yang dipercayai pengerusi eksekutif dan dibawa masuk ke Utusan?

"Nak selamatkan Utusan atau mahu bunuh Utusan perlahan-lahan?" soal Nujum.

Artikel tersebut telah dipadam oleh pengendali laman Facebook itu.

Pada 21 September lalu, Kumpulan Utusan Melayu Berhad dilaporkan menawarkan VSS kepada separuh daripada kira-kira 1,400 kakitangannya akibat tidak mampu lagi menampung kerugian dan kos operasi yang tinggi.

Utusan juga berdepan masalah pembayaran gaji kakitangan baru-baru ini apabila terpaksa menunda pembayaran beberapa bulan lalu.

Malaysiakini sedang mendapatkan respons Nujum berhubung perkara ini.

Lihat Komen
ADS