Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Sebagai seorang umat Islam, sesuatu doa itu sewajarnya untuk tujuan kebaikan bukan sebaliknya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof.

"Ini bukan saya komen sebagai ahli sebagai orang Islam, apa-apa pun umat Islam punya pendirian, doa ni adalah untuk (tujuan) kebaikan.

"Jadi kalau ada orang doa untuk keburukan itu, saya tak tahulah apa dia punya niat," katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini.

Mujahid diminta mengulas mengenai pihak yang mendoakan agar kerajaan Pakatan Harapan dipendekkan umur.

Pada himpunan bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) pada 8 Disember lalu, anggota Parlimen Pasir Puteh Dr Nik Mohamad Zawawi Nik Salleh menutup perhimpunan petang himpunan itu dengan membacakan doa yang antaranya supaya kerajaan Pakatan Harapan "pendek umur".

Doa itu berbunyi "Ya Allah, pendekkanlah umur kerajaan pakatan harapan ini, ya Allah," katanya di atas pentas dan dalam hujan sederhana.

Nik Mohamad Zawawi ketika itu turut berdoa agar pengundi muda yang memberi undi PH sebelum ini supaya "kembali ke pangkal jalan".

Lihat Komen
ADS