Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Setiausaha Agung Bersatu Marzuki Yahya mengesahkan penyertaan bekas setiausaha agung Umno Radzi Sheikh Ahmad semalam.

"Ya, kelmarin (semalam) saya dah serahkan kad keahliannya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Katanya, tiada sebarang majlis rasmi dibuat untuk penyertaan Radzi itu tetapi hanya penyerahan kad keahlian kepada bekas anggota Parlimen Kangar itu di Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai laporan yang berkata Setiausaha Bersatu Wan Saiful Wan Jan mengiringinya untuk menyerahkan kad keahlian parti kepada Radzi.  

Radzi sebelum ini pernah menyandang beberapa jawatan timbalan menteri sewaktu pentadbiran Dr Mahathir Mohamad ketika era BN.

Jawatan terakhirnya dalam kabinet adalah sebagai menteri hal ehwal dalam negeri pada tahun 2006 hingga 2008 iaitu sewaktu pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau menyandang jawatan setiausaha agung Umno pada 2004.

Selain beliau antara pemimpin Umno lain telah menyertai Bersatu selepas pilihan raya umum14 lalu ialah Rais Yatim, Mustapa Mohamed dan terbaharu Mas Ermieyati Samsudin.

Lihat Komen
ADS