Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Ucapan “berapi-api” Azwanddin Hamzah di Klang, semalam menyaksikan bahawa dirinya akan disiasat atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berunsur provokasi dan melakukan ugutan jenayah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat memberitahu Malaysiakini bahawa polis telah membuka siasatan ke atas presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

"Polis telah membuka siasatan ke atasnya di bawah Seksyen 506," katanya dalam satu mesej teks ringkas.

Semasa perhimpunan anjuran Gerakan Rakyat Malaysia (Geras) di Klang semalam, Azwanddin mengugut untuk menyerang Balai Polis Klang sekiranya pihak yang menyebabkan rusuhan berhampiran Kuil Seafield Sri Maha Mariamman di USJ25, Selangor, tidak ditangkap.

Pemimpin Umno itu turut menggunakan perkataan 'paria' merujuk menteri perpaduan P Waythamoorthy.

Himpunan yang dihadiri kira-kira 2,000 peserta itu diadakan bagi menuntut keadilan anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia akibat kecederaan selepas diserang oleh para perusuh berhampiran kuil berkenaan.

Presiden Geras Abu Bakar Mohamed tidak bersetuju dengan ucapan Azwanddin dan kecewa pemimpin anti kerajaan itu tidak mematuhi syarat untuk berucap pada majlis itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS