Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lihat River of Life lebih dekat, pesan Kian Ming pada Najib

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Ong Kian Ming menggesa bekas Perdana Menteri Najib Razak melihat dengan lebih dekat perkembangan usaha membersihkan sungai-sungai utama di Kuala Lumpur, bukannya memantau sebahagian atau dari jauh saja.

Ia susulan kunjungan Najib ke River of Life sekitar Masjid Jamek, Kuala Lumpur semalam. Di sana, beliau menunjukkan kebanggaannya dengan projek inisiatif pentadbiran BN yang menjadi tumpuan pelancong.

"Terpulang kepada Najib bagaimana mahu melakukannya. Saya sudah buat beberapa kali dengan menaiki kayak," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Terdahulu menerusi ciapan di Twitter, Ong mencabar Najib untuk "masuk" ke Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk melihat dengan lebih dekat perkembangan usaha pembersihan sungai itu.

"Kalau benar-benar mahu menilai hasil projek River of Life, janganlah hanya pergi ke tempat seperti Kolam Biru (berdekatan Masjid Jamek).

"Matlamat penting projek itu ialah untuk bersihkan sungai. Beranilah masuk (ke) Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk rasai tahap (usaha) pembersihannya," katanya.

Semalam Najib juga berkata River of Life berjaya memberikan nafas baru kepada Kuala Lumpur.

"Apabila saip nanti insyaAllah menjelang 2020, kalau tak dibatalkan oleh kerajaan sekarang, ia akan jadi projek kebangsaaan rakyat Malaysia," katanya.

BN melancarkan projek bernilai RM4.4 bilion itu pada 2011 dengan matlamat meningkatkan mutu air di lapan sungai utama di Lembah Klang.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini mengumumkan projek itu akan diteruskan dan ia dijangka siap pada akhir 2020.

ADS