Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Pemimpin politik layak boleh sertai GLC – Azmin

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamad Azmin Ali berkata, mana-mana mana-mana ahli politik yang berkelayakan dan mempunyai merit boleh dipertimbangkan untuk menyertai syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Bagaimapun, keutamaan lantikan itu harus diberikan kepada golongan profesional sebelum melantik ahli politik.

“Keutamaan saya, saya setuju kalau kita berikan kepada golongan profesional tapi kalau ada dikalangan pimpinan politik yang mempunyai merit berdasarkan kemahiran dan kelayakan boleh dipertimbangkan tapi bukan keutamaan,” katanya.

Azmin berkata demikian pemberita selepas merasmikan American Malaysia Chamber of Commerce (AMCHAM) di Sheraton Hotel, hari ini.

Sebelum itu beliau ditanya mengenai lantikan beberapa ahli politik ke dalam GLC antaranya dua anggota Majlis Tertinggi Bersatu, Sukiman Sarmani dan Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi yang masing-masing menerajui Universiti Teknikal Mara (Unitek-Mara) dan Mara Corporation Sdn Bhd.

Selain itu Haniff Khatri yang merupakan peguam yang pernah mewakili Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pula dilantik pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda).

WSJ: China tawar selamatkan 1MDB

Sementara itu berkaitan laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa China pada 2016 menawarkan untuk menyelamatkan 1MDB sebagai pertukaran menguntungkan bagi projek kereta api dan saluran paip, Azmin berkata beliau tidak mengetahui butiran terperinci mengenai perkara tersebut.

“Saya tidak mengetahui tentang dokumen itu kerana semasa mereka menyerbu premis dan rumah Najib (Tun Razak), dokumen itu sudahpun dalam pemilikan pihak berkuasa.”

“Dan, oleh kerana pertuduhan masih menunggu perbicaraan di mahkamah, kita tidak boleh membuat pengadilan terlebih dahulu atau membuat sebarang komen berhubung perkara itu,” katanya.

Azmin berkata demikian selepas ditanya laporan WSJ bahawa China pada 2016 menawarkan untuk menebus 1MDB yang berdepan masalah kewangan sebagai balasan untuk projek saliran paip bawah program 'One Belt, One Road'.

Laporan itu memetik dokumen yang dikatakan sebagai minit mesyuarat antara Malaysia dan China yang tidak pernah didedahkan sebelum ini.

Sementara itu, Azmin berkata isu tersebut perlu disiasat dengan telus.

“Keseluruhan proses perlu telus dan saya fikir ia adalah pendekatan yang diambil oleh kerajaan baharu,” katanya.

Beliau berkata kerajaan Pakatan Harapan telah memberikan mesej yang jelas kepada semua pihak termasuk negara asing bahawa pentadbiran ini akan memastikan ketelusan dan pertanggungjawaban.

“Kita memerlukan sokongan negara asing untuk membantu kerajaan sekarang dalam semua siasatan yang masih belum selesai (berkaitan 1MDB)”, katanya.

Lihat Komen
ADS