Suruhanjaya Sekuriti siasat KPMG, Deloitte berkaitan 1MDB
Diterbitkan: Jan 26, 2019 10:00 AM
Suruhanjaya Sekuriti sedang menyiasat KPMG dan Deloitte berkaitan audit mereka terhadap 1MDB, demikian menurut South China Morning Post.
SC tidak menamakan kedua-dua firma itu, tetapi mengesahkan bahawa semakan semula juruaudit berkaitan dengan audit 1MDB masih dijalankan.
Ernst dan Young, juruaudit pertama 1MDB, dipecat pada tahun 2010. Firma itu digantikan oleh KPMG, yang melakukan audit untuk 2010, 2011 dan 2012.
Berikutan itu, Deloitte mengambil alih untuk tahun 2013 dan 2014. Syarikat itu berhenti pada 2015 selepas Jabatan Kehakiman AS memulakan tindakan undang-undang terhadap 1MDB.

