JK pertikaian perairan M'sia-S'pura bermesyuarat
Jawatankuasa kerja Malaysia - Singapura mengenai pertikaian perairan mengadakan mesyuarat di Putrajaya hari ini.
Dalam suatu kenyataan bersama delegasi kementerian luar kedua-dua negara, mereka berkata telah mengadakan "perbincangan yang konstruktif".
Kedua-dua pihak juga tidak akan menyerahkan sebarang cadangan kepada kerajaan masing-masing untuk dipertimbangkan. Tiada juga disebut tentang tempoh perbincangan.
Kumpulan kerja ini mempunyai mandat membincangkan hal berkaitan undang-undang dan operasi supaya mengurangkan ketegangan dan menyediakan asas untuk perbincangan selanjutnya.
Delegasi negara diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Luar Malaysia Muhammad Shahrul Ikram Yaakob dan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Singapura Chee Wee Kiong.
Bagi memahami isu perbalahan maritim ini dengan lebih jelas, kunjungi penerangan Malaysiakini pada pautan di sini.

