Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kes Bukit Koman: Mahkamah Persekutuan tolak rayuan RAGM

Lima panel hakim Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak rayuan Raub Australian Gold Mine (RAGM) dalam kes menentang penduduk dan aktivis Bukit Koman Shirley Hue Shieh Lee berhubung dua artikel mengenai kebimbangan soal keselamatan mereka.

Hakim Mahkamah Persekutuan, Ramly Ali memutuskan RAGM gagal membuktikan kedua-dua artikel disiarkan sebuah portal berita adalah fitnah terhadap syarikat itu.

Berhubung artikel pertama yang disiarkan portal terbabit, hakim berkata mereka bersetuju bahawa ia tidak membuktikan hasil kajian yang dijalankan oleh penduduk adalah palsu.

Manakala dalam artikel kedua, Ramly menyatakan perayu gagal merayu berhubung kata-kata fitnah dalam artikel itu.

"Dalam kes itu kami mengekalkan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan dan menolak rayuan itu," katanya.

Turut bersidang ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Azahar Mohamed, Balia Yusof Wahi, Aziah Ali dan Hakim Mohd Zawawi Mohd Salleh.

Hakim juga mengarahkan RAGM membayar kos sebanyak RM60,000 kepada Hue yang diwakili oleh peguam Gurdial Singh Nijhar.

Gurdial ketika mengalu-alukan keputusan hari ini berkata mahkamah tertinggi itu telah membenarkan orang ramai menyuarakan kebimbangan mereka.

Hue adalah antara beberapa aktivis yang berkempen menentang lombong emas oleh syarikat berkenaan di Bukit Koman, Pahang yang dikatakan menggunakan sianida sebagai sebahagian daripada proses pengekstrakan emas.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS