Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

PRK SEMENYIH | Polis sedang menyiasat Setiausaha Agung BN Mohamed Nazri Abdul Aziz d bawah Akta Hasutan 1948 susulan ucapannya ketika berkempen dalam pilihan raya kecil Semenyih.

Ketua Polis Negara Mohamed Fuzi Harun mengesahkan hal ini.

"Saya dah cakap tadi kita akan siasat bawah Akta Hasutan dan kita perlu lengkapkan (siasatan) secepat mungkin.

"Jadi lengkap nanti kita akan hantar ke DPP (Timbalan Pendakwaraya di Pejabat AG) untuk tindakan lanjut ataupun arahan selanjutnya," katanya.

Fuzi bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas menghadiri sambutan majlis memperingati penubuhan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang ke-63 di Cheras hari ini.

Menurut Fuzi, MP Umno untuk Padang Rengas itu disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 yang menyatakan menjadi satu kesalahan untuk mempunyai kecenderungan menghasut dan menyebut apa-apa perkataan menghasut. 

Jika sabit pertuduhan, pelaku kesalahan pertama boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali.


BERKAITANNazri: AG, CJ, menteri kewangan tak percaya kitab, agama kita


Fuzi menjelaskan satu laporan polis telah dibuat terhadap Nazri setakat ini.

Semalam, bekas menteri itu memberitahu pihak media polis telah mengambil kenyataannya susulan laporan dibuat terhadap dirinya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS