Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
SPRM rampas kereta, beku akaun bank pemimpin PAS - Sumber

SPRM hari ini merampas beberapa kenderaan mewah, sebuah rumah kedai dan wang tunai serta membekukan beberapa akaun bank berhubung siasatan ke atas PAS.

Menurut sumber, kenderaan, akaun bank dan rumah kedai berkenaan dimiliki oleh beberapa pemimpin PAS.

Antara kenderaan yang dirampas itu adalah Toyota Vellfire, Range Rover dan Mini Cooper.

Menurut sumber, rumah kedai berkenaan bernilai RM2 juta manakala terdapat kira-kira RM2.3 juta dalam akaun bank. Jumlah wang tunai yang dirampas pula tidak didedahkan.

"Hari ini, SPRM menyoal Setiausaha Agung PAS untuk membantu siasatan. Lebih ramai pemimpin kanan PAS dijangka dipanggil bermula esok untuk membantu siasatan," kata sumber.

Bernama turut memetik sumber mengesahkan aset dirampas daripada pemimpin PAS.

Bagaimanapun, dalam laporan Berita Harian, Takiyuddin menafikan rampasan itu mempunyai kaitan dengan siasatan berhubung dakwaan penyaluran dana RM90 juta daripada Umno kepada pemimpin PAS.

“Saya baru menghubungi pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Apa yang dilaporkan beberapa portal berhubung rampasan dikatakan mempunyai kaitan dengan siasatan kes PAS adalah tidak benar," katanya.

Takiyuddin mahu mengambil tindakan undang-undang sekiranya laporan itu tidak dikaji semula.

Beliau juga menghubungi Malaysiakini dan mendakwa telah dimaklumkan SPRM bahawa rampasan berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan PAS atau pemimpin partinya.

Awal hari ini, SPRM merakam keterangan Takiyuddin berhubung dakwaan RM90 juta.

SPRM dilaporkan melancarkan siasatan awal bulan ini berhubung dakwaan bahawa Umno membayar RM90 juta kepada beberapa pemimpin PAS untuk mendapatkan sokongan mereka menjelang pilihan raya umum lalu.

Beberapa pemimpin PAS, termasuk anggota jawatankuasa pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz, dan bekas timbalan presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa tidak terlepas daripada siasatan dan kenyataan mereka telah dirakamkan.

Siasatan adalah mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, ... Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Bagaimanapun, pemimpin PAS menafikan semua tuduhan itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS