Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah tetapkan 18, 19 Mac bicara kes cabul Shahidan
Diterbitkan:  Mar 4, 2019 11:23 AM
Dikemaskini: 3:23 AM

Mahkamah Sesyen Kangar hari ini menetapkan 18 dan 19 Mac depan sebagai tarikh perbicaraan kes bekas menteri di jabatan perdana menteri, Shahidan Kassim yang didakwa mencabul seorang gadis bawah umur, tahun lalu.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad menetapkan tarikh perbicaraan itu selepas dimaklumkan pihak pendakwaan sudah bersedia memulakan perbicaraan kes berkenaan.

Terdahulu, Shahidan hadir ke mahkamah ditemani isterinya, Shamsiah Mohd Yassin serta anak mereka dengan menaiki kenderaan Toyota Harrier warna perak. Bekas menteri Umno itu berpakaian kemeja putih, berseluar hitam dan bersongkok..

Pada 12 November tahun lalu, Shahidan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kangar, atas pertuduhan mencabul seorang gadis bawah umur meskipun keluarga remaja itu sudah menarik balik laporan terhadap ahli parlimen Arau itu, sebelum ini

Mengikut kertas pertuduhan, Shahidan didakwa melakukan amang seksual dengan menyentuh tangan hingga ke bahu seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di dalam sebuah kereta di tepi jalan pekarangan Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar pada pukul 11.30 malam, 20 Oktober tahun lalu.

Shahidan walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika sabit kesalahan, Shahidan boleh dikenakan hukuman dipenjara tidak lebih 10 tahun serta sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Fuad Abdul Aziz sementara tertuduh diwakili oleh barisan peguam bela iaitu Thalia Rohaina Abdul Latiff; Zuhair Ahmad Zakuan dan Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim.

Lihat Komen
ADS