Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Dipindahkan masa Najib, Hamid Bador kini pemangku timbalan IGP

Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Abdul Hamid Bador hari ini dilantik sebagai pemangku timbalan ketua polis negara bagi menggantikan Noor Rashid Ibrahim yang bersara.

Pelantikan dibuat dalam majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Negara dan Naib Pengerusi Perkep Malaysia yang disaksikan oleh Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun di Pusat Latihan Polis (Pulapol,) Kuala Lumpur hari ini.

Hampir empat dekad berkhidmat di PDRM, Hamid menjadi perhatian pada 2015 apabila membuat dakwaan ada pihak tertentu yang menyembunyikan saksi utama dalam siasatan kes 1MDB, selain mendesak siasatan dibuat secara telus.

Ketika itu beliau menjadi timbalan pengarah Cawangan Khas (SB).

Hamid kemudian dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri - bersama-sama pengarah bahagian operasi khas SPRM ketika itu Bahri Mohd Zin - sebulan selepas khidmat Abdul Gani Patail sebagai peguam negara ditamatkan.

Beliau kembali ke PDRM apabila dilantik sebagai pengarah SB beberapa minggu selepas Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan.

Timbul juga spekulasi mendakwa beliau bakal dilantik sebagai ketua polis negara bagi menggantikan Fuzi yang akan bersara Mei ini, tetapi Hamid berkata beliau tiada maklumat berkenaan perkara itu.

BACA BERKAITAN:

‘Tangkap saya, lagu polis berkumandang di penjara’

Hamid: Tegas siasatan telus 1MDB punca ditukar

Bekas bos SB ingatkan SPRM, jangan takut dengan gertakan

Lihat Komen
ADS