Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak tahu-menahu tanah yang dijadikan Forest City Golf Resort di Johor.

"Saya tak tahu apa-apa," katanya kepada media di Sepang hari ini.

Terdahulu Mahathir ditanya sama ada tanah yang dijadikan padang golf - suatu ketika dulu menjadi sebahagian daripada hutan simpan - kini diletakkan di bawah tanah kesultanan.

Ditemui media selepas menghadiri Festival GT Asia di Litar Lumba Antarabangsa Sepang, perdana menteri berkata beliau hanya mahu bercakap mengenai majlis yang dihadirinya hari ini.

Ditanya lagi sama ada isu berkenaan adalah sensitif, beliau hanya menjawab: "Saya tak tahu."

Pada 14 Feb lalu Malaysiakini menyiarkan laporan khas mengena projek pembangunan Forest City dan Forest City Golf Resort yang dibina berhampiran Hutan Simpan Sungai Pulai.

Hutan simpan itu diwartakan pada 1962 itu merupakan kawasan hutan paya bakau berkeluasan 8,334 hektar atau hampir dua kali ganda Putrajaya.

Sungai Pulai juga dimasukkan dalam Senarai Tanah Lembab Penting Antarabangsa pada tahun 2003 mengikut Konvensyen Ramsar.

Sebahagian daripada hutan simpan itu berubah menjadi padang golf seluas kira-kira 800 ekar atau bersamaan dengan 1,200 padang bola sepak. 

Cubaan beberapa kali Malaysiakini untuk mengenal pasti pemilik tanah itu serta statusnya setakat ini, gagal.

Cubaan untuk mendapatkan komen daripada pemilik projek berkenaan, Country Gardens Pacificview Sdn Bhd, juga tidak berhasil.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A Xavier Jayakumar berkata perdana menteri maklum mengenai projek berkenaan dan mengambil berat mengenainya.

Kata Jayakumar perdana menteri mengarahkan kementerian terbabit untuk meneliti cara untuk menyuarakan lebih banyak isu berkaitan menangani masalah penebangan hutan. 

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS