Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Syed Saddiq: PM teliti kontroversi perarakan Hari Wanita

Kabinet sudah membincangkan isu berkaitan perarakan sempena Hari Wanita Antarabangsa yang kini disiasat mengikut Akta Hasutan 1948, kata seorang menteri.

Menurut Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hal itu dibangkitkan semasa mesyuarat kabinet baru-baru ini.

Kata menteri belia dan sukan itu ada beberapa orang mungkin akan didakwa mengikut Akta Hasutan.

"Selepas mesyuarat Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyatakan beliau akan meneliti perkara itu," katanya kepada media selepas menghadiri majlis Festival GT 2019 Asia di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.

Menurut Syed Saddiq secara peribadi beliau tidak bersetuju pihak yang terbabit dalam perarakan itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Pada 9 Mac lalu beberapa kumpulan wanita menganjurkan perarakan sempena Hari Wanita Antarabangsa.

Bagaimanapun kehadiran aktivis LGBT dan tuntutan yang disuarakan mereka mendapat kecaman pelbagai pihak, termasuk dalam kalangan ahli politik kerajaan serta pembangkang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS