Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Dewan Rakyat bahas serangan masjid di New Zealand hari ini

PARLIMEN | Dewan Rakyat hari ini akan membahaskan usul tergempar yang dibawa Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) bagi mengecam tragedi tembakan di masjid di New Zealand yang menyaksikan 50 terkorban, Jumaat lalu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof berkata usul itu akan dibahaskan selama sejam bermul pukul 4.30 petang selepas memutuskan ia adalah perkara spesifik dan melibatkan kepentingan awam.

Anwar berkata Parlimen Malaysia perlu menyatakan pendiriannya dalam membantah serangan pengganas terhadap jemaah Masjid Al-Noor dan Linwood di Christchurch, New Zealand, mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa serta merekodkan sokongannya terhadap tindakan tegas yang diambil perdana menteri negara itu Jacinda Ardern.

"Usul ini berkaitan kepentingan orang ramai memandangkan ia melibatkan isu umat Islam dan agama lain sehingga mendorong melakukan keganasan dan kekejaman.

"Usul ini sewajarnya perlu disegerakan memandangkan implikasinya .menggugat keharmonian dan keamanan jika tidak dibendung segera," katanya ketika membentangkan usul itu.

Seorang remaja warganegara Malaysia masih tidak dapat dikesan selepas serangan berkenaan. Wisma Putra sebelum ini mengesahkan bahawa usaha mencari masih diteruskan.

Bernama melaporkan, remaja 17 tahun itu ialah Mohd Haziq Mohd Tarmizi.

Ayah Mohd Haziq, Mohd Tarmizi Shuib, 46 (dari Kedah), Rahimi Ahmad, 39 (dari Pulau Pinang) dan Mohd Nazril Hisham Omar, 46 (dari Kelantan), merupakan tiga rakyat Malaysia yang tercedera.

Suspek utama serangan itu, Brenton Harrison Tarrant yang merupakan warganegara Australia didakwa atas kesalahan membunuh di Christchurch hari ini.

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern menyifatkan insiden itu sebagai serangan pengganas.


Lihat Komen
ADS