Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Lawatan PM ke Pakistan: Kita perlu berhati-hati, kata Najib
Diterbitkan:  Mar 27, 2019 12:02 PM
Dikemaskini: 4:02 AM

Pemimpin Umno menimbulkan keresahan dengan lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad ke Pakistan, minggu lalu yang menurut mereka mungkin menjadi alasan kepada India untuk menyekat import minyak sawit mentah dari Malaysia.

Antara mereka, bekas perdana menteri, Najib Razak berkata negara perlu berhati-hati dalam menjaga hubungan antarabangsa.

“Kita perlu berhati-hati.

“Hubungan antarabangsa negara kita dengan negara India juga patut dipelihara oleh kerajaan Pakatan Harapan.

“Mengikut laporan rasmi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), negara India telah menjadi pengimport terbesar minyak sawit mentah dari Malaysia untuk tahun 2018.

“Tahun lepas, negara India membeli 2.51 juta tan dari kita,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, malam semalam.

Menurut Najib, jika negara-negara Eropah dan China enggan membeli minyak sawit mentah dari Malaysia dan ini diikuti oleh India, maka kehidupan peneroka-peneroka akan bertambah susah.

Turut mempersoalkan lawatan rasmi Dr Mahathir ke Pakistan adalah anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno, Armand Azha Abu Hanifah yang berkata, hubungan dua hala New Delhi-Kuala Lumpur akan terjejas malah menyaksikan pembatalan pembelian minyak sawit negara.

“Kita seterusnya akan effect / terjejas ekonomi negara dalam eksport minyak sawit.

“Tak akan tak penasihat kementerian luar menasihatkan PM tentang isu ini sebelum buat keputusan utk buat lawatan ke Pakistan tempoh hari?” soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, seluruh dunia tahu ketegangan hubungan India dan Pakistan dan apabila Mahathir berkunjung ke Islamabad untuk menerima darjah kebesaran negara tersebut, ia telah menguriskan negara India .

Malah, katanya, ada berita menyiarkan India melarang perdana menteri untuk melalui ruang udara negara mereka semasa lawatan berkenaan.

“Saya harap pihak negara Malaysia mengambil inisiatif cepat untuk selesaikan isu ini.

“Kerajaan kena segerakan cari jalan penyelesaian ini secepat mungkin, kerana saya lihat pasti akan ada kesan domino dalam hubungan negara luar yang lain seterusnya akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi kita,” katanya.

Lihat Komen
ADS