Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Khalid sedia hadapi siasatan baru kes Koh, Amri
Diterbitkan:  Apr 4, 2019 9:08 AM
Dikemaskini: 9:08 AM

Khalid Abu Bakar berkata beliau sedia berdepan dengan siasatan baru selepas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) membuat kesimpulan polis terbabit dalam "kehilangan paksa" dua lelaki sebelum ini.

Menurut bekas ketua polis negara itu, beliau juga akan tetap mempertahankan keterangan yang diberikan kepada Suhakam semasa siasatan kehilangan aktivis Amri Che Mat dan paderi Raymond Koh dulu.

Membuat kenyataan itu melalui ciapan di Twitter Khalid berkata beliau sedia menghadapi sebarang siasatan baru selepas Suhakam mengumumkan dapatan mereka semalam.

Kata Khalid beliau yakin pendirian yang sama juga akan diberikan Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun.

"Nampaknya anda tidak tahu undang-undang yang ada dan prosedur mahkamah.

"Apa pun yang saya lakukan, ia mematuhi undang-undang negara," kata Khalid melalui siri ciapan yang memberi reaksi kepada pengkritiknya

Menurut beliau, kesimpulan yang dibuat Suhakam dan dakwaan terhadap polis dalam siasatan tersebut dibuat hanya berdasarkan kenyataan yang diberikan saksi siasatan tersebut.

Lewat bertindak, ambil keterangan

"Keterangan saya semasa siasatan dulu adalah kekal," katanya pagi tadi.

Ketika memberi kenyataan di depan panel Suhakam pada Okt 2017 dulu Khalid antara lain mengaku ada kemungkinan wujud kesilapan dalam prosedur polis semasa menyiasat kehilangan Amri dan Koh.

Menjadi saksi kelima dalam siasatan tersebut Khalid berkata polis terlewat mengambil keterangan daripada saksi penculikan Koh.

Untuk rekod ketika Amri dan Koh hilang, Khalid berkhidmat sebagai ketua polis negara.

Semalam sebuah panel terdiri daripada tiga pesuruhjaya Suhakam menjelaskan wujud beberapa persamaan dalam kehilangan Amri dan Koh.

Koh didakwa terbabit memurtadkan orang Islam, manakala Amri dituduh aktivis dan pendakwah Syiah yang mempengaruhi orang ramai untuk mengikut fahaman tersebut.

Pengerusi panel itu Mah Weng Kwai berkata pihaknya tidak berpuas hati dengan keseriusan polis menjalankan siasatan kehilangan Koh.

Antaranya, kata Mah, kegagalan polis mendapatkan sebarang rakaman kamera litar tertutup mengenai penculikan Koh, lewat menjalankan siasatan dan mengambil keterangan saksi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS