Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pindaan perkuatkan Akta MKN, kuasa PM dilucutkan

Kerajaan membentangkan pindaan kepada Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 yang kontroversi di Dewan Rakyat hari ini, yang antara lain akan menyaksikan kuasa perdana menteri dilucutkan bagi memperkasakan MKN.

Akta MKN (Pindaan) 2019 jika diluluskan juga akan menyaksikan pendakwaan di bawah akta berkenaan akan diperkuatkan.

Menerusi Rang Undang-undang pindaan yang dibentangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin untuk bacaan kali pertama hari ini, kuasa untuk mengisytiharkan "zon keselamatan" akan dipindahkan dari perdana menteri kepada Yang Di-Pertuan Agong, sebagaimana seksyen 2 dan 18 akta itu setelah menerima nasihat majlis berkenaan.

Bagaimanapun, perdana menteri tetap merupakan pengerusi MKN.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini dikritik, bahkan daripada anggota parlimennya sendiri apabila mengumumkan Akta MKN hanya akan disemak dan bukan dimansuhkan.

Ini bercanggah manifesto pilihan raya PH pada PRU14 yang berjanji untuk menghapuskan akta berkenaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS