Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Dokumentari 1MDB 'The Kleptocrats' ditayangkan di KL

The Kleptocrats, sebuah dokumentari tentang skandal 1MDB dilancarkan dalam tayangan eksklusif yang dihadiri kira-kira 70 hadirin di Kuala Lumpur, semalam.

Dokumentari itu bertumpu pada ahli perniagaan Jho Low yang kini dalam buruan dan hubungannya dengan keluarga bekas perdana menteri Najib Razak.

Bahan promosi bagi dokumentari 86 minit itu menyebut ia sebagai "dokumentari penuh pertama tentang skandal 1MDB".

Antara watak yang dipaparkan dalam The Kleptocrats termasuklah Nazir Razak yang merupakan adik kepada Najib, Ahli Parlimen Damansara Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah, Presiden Hak Asasi Manusia (Hakam) Ambiga Sreenevasan dan kartunis Zunar.

Wartawan antarabangsa yang membuat dalam tempoh beberapa tahun lalu membuat liputan 1MDB turut diwawancara dalam filem dokumentari itu.

Antara wartawan yang diwawancara adalah dari The Wall Street Journal Tom Wright dan Bradley Hope, selain bekas wartawan New York Times Louise Story, yang juga merupakan penerbit eksekutif dokumentari berkenaan.

Dokumentari berkenaan turut menyorot kesan rasuah yang melibatkan orang atasan dan penyelewengan duit pembayar cukai.

Selain itu, ia turut memaparkan usaha rakyat Malaysia dalam menggesa kepada ketelusan kerajaan dan perubahan.

Dokumentari itu diakhiri dengan peristiwa yang berlaku selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang menyaksikan BN yang diterajui Najib kalah pada PH.

"Filem ini merupakan penghargaan kepada ramai rakyat Malaysia yang enggan disenyapkan, meskipun mereka ditekan, didakwa dan ditahan," kata penerbit eksekutif dokumentari itu, Alexander Soros dalam satu kenyataan.

Alexander Soros.

 "Peralihan kerajaan di Malaysia sejak Mei 2018 merupakan permulaan bersejarah dan peluang mengukuhkan demokrasi di negara itu.

"Namun kerja keras diperlukan bagi memastikan skandal seumpamanya tidak berulang lagi," kata Soros , yang juga merupakan timbalan pengerusi Open Society Foundations, sebuah rangkaian pemberi geran antarabangsa.

Antara yang menghadiri tayangan semalam termasuklah ahli parlimen, ahli politik dan pemimpin badan awam.

Naib Presiden PKR Tian Chua yang turut hadir tayangan itu memberitahu Malaysiakini bahawa dia mula-mula didatangi pembuat filem dokumentari itu pada 2015, namun tidak pernah menyangka ia akan ditayangkan di Malaysia.

"Saya gembira kerana akhirnya dapat tonton dan kita bebas untuk tayangkan (dokumentari itu). Ini merupakan pencapaian yang hebat buat rakyat Malaysia.

"Kita berterima kasih dan sangat gembira Alex Soros dan pasukannya mengusahakan dokumentari ini dan membantu rakyat Malaysia membuka mata dan melihat gambaran keseluruhan," kata Chua ketika ditemui selepas tayangan dokumentari itu.

Dokumentari itu kini boleh ditonton di Malaysia melalui Astro on Demand.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS