Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
DAP: Tambah tempat ke matrikulasi lebih banyak masalah
Diterbitkan:  Apr 25, 2019 6:35 PM
Dikemaskini: 10:35 AM

Biro hal ehwal universiti Pemuda DAP memberi amaran rancangan kerajaan meningkatkan pengambilan program matrikulasi sebanyak 60 peratus akan menyebabkan lebih banyak masalah.

Dalam satu kenyataan ditandatangani 20 pemimpin DAP, kumpulan itu berpendapat dasar itu akan menghalang lepasan STPM memasuki universiti awam.

"Dengan meningkatkan bilangan pelajar matrikulasi kepada 15,000, ia akan mengehadkan peluang lepasan STPM dalam saingan untuk penempatan ke universiti awam," kata kumpulan itu.

Program matrikulasi adalah kursus pra-universiti yang merupakan laluan kepada pelajar untuk memasuki universiti awam tempatan.

Sebaliknya, STPM diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai setaraf A-level.

Kumpulan itu juga berpendapat penambahan tempat akan meningkatkan populariti matrikulasi dan sekali gus menjadikan STPM kelihatan kurang menarik.

"Orang ramai akan melihatnya sebagai tiket kemasukan ke universiti, kerana pelajar matrikulasi mempunyai kelebihan dalam mendapatkan gred tinggi dan aktiviti kokurikulum berbanding STPM.

"Ini menyebabkan para lepasan matrikulasi diberi lebih banyak keistimewaan untuk mengambil kursus yang popular di universiti," kata kumpulan itu.

Kumpulan itu berkata, penambahan jumlah pelajar matrikulasi juga akan menjejaskan standard akademik dan mempersoalkan sekiranya kerajaan berkemampuan untuk berbuat demikian.

Dengan meningkatkan pengambilan kepada 15,000 pelajar, kumpulan itu menganggarkan 10 institusi baru perlu dibina.

"Kerajaan pusat membelanjakan RM37.5 juta untuk subsidi kepada 15,000 pelajar pada setiap tahun.

"Pada masa kritikal ini di mana negara menghadapi kekangan kewangan, (dasar ini akan) menambah beban kewangan negara," kata mereka.

Kenyataan itu ditandatangani bersama oleh:

Chan Foong Hin, Adun Kota Kinabalu

Chow Yu Hui, Adun Tras

Leong Yu Sheng, pengarah biro hal ehwal universiti Pemuda DAP

Eric Teh Hoong Keat, Setiausaha Pemuda DAP

Leong Yu Man, Adun Triang

Chiong Yoke Kong, AdunTanah Rata

Lee Chin Chen, Adun Bilut

Tab Tiong Yih, pengarah pendidikan politik Pemuda DAP

Woo Kah Leong, anggota exco Pemuda DAP

Lee Wei Seang, setiausaha penganjur Pemuda DAP

Lee Bing Hong, ketua Pemuda DAP Wilayah Persekutuan

Koo Jeng Tung, Timbalan Ketua Pemuda DAP Selangor

Tan Hong Pin, Adun Skudai

Ong Boon Piow, Adun Bercham

Yeo Tung Siong, Adun Pekan Nanas

Ng Yak Howe, Adun Bentayan

Dickson Tan, Penolong Setiausaha Pemuda DAP Selangor

Gan Peck Cheng, Adun Penggaram

M Satees, Adun Bagan Dalam

Ronnie Liu, Adun Sungai Pelek

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS