Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah Rayuan bebaskan pegawai pilihan raya Rantau

Mahkamah Rayuan hari ini mengketepikan hukuman bersalah yang dijatuhkan oleh Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban ke atas pegawai pengurus pilihan raya bagi kawasan Parlimen Rembau, Amino Agus Suyub kerana menghina mahkamah.

Menurut peguamnya, G Rajasingam, panel tiga anggota Mahkamah Rayuan membuat keputusan sebulat suara untuk membebaskan Amino daripada hukuman penjara tiga bulan yang dijatuhkan ke atasnya.

Rajasingam berkata mahkamah yang lebih tinggi itu juga mengarahkan kes berkenaan dihantar semula kepada Mahkamah Tinggi.

"Kami berhujah bahawa terdapat ketidakadilan prosedur yang serius (dalam prosiding penghinaan oleh Agus), dan atas sebab itu, hak perlembagaannya untuk perbicaraan yang adil telah dinafikan di bawah Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan.

"Oleh itu, mahkamah bersetuju, mengketepikan sabitan bersalah, hukuman, dan mengembalikannya ke mahkamah tinggi," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Amino, yang adalah pegawai pengurus pilihan raya Rantau tahun lalu, didapati bersalah menghina mahkamah oleh Hakim Azimah Omar selepas dia menghantar pesanan melalui WhatsApp kepada Daing Muhamad Rahimi, dengan tujuan mengajar saksi itu bagaimana menjawab soalan di mahkamah.

Ini berlaku semasa prosiding petisyen pilihan raya yang difailkan oleh Dr S Streram untuk kerusi DUN Rantau, dengan kedua-dua Amino dan Daing dipanggil untuk memberi keterangan.

Daing ialah penolong pengurus pilihan raya bagi Parlimen Rembau semasa hari penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-14 pada 28 April 2018.

Mesej WhatsApp yang dihantar melalui talian peribadi Amino ialah: “As Salam.. Lepas ni kau akan jadi saksi… hati-hati...teruk den (saya) kono (kena) soal dalam court (mahkamah)... lebih baik cakap tak tau..”.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS