Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Hakim tegur peguam AGC kerana lewat serah hujahan bertulis

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Firuz Jaffril hari ini menegur pihak pendakwaan kerana lambat memfailkan penghujahan bertulis mereka dalam perbicaraan menghina mahkamah yang dikenakan ke atas peguam Muhammad Shafee Abdullah.

"Saya minta kamu menyerahkan hujahan bertulis pada 17 Mei tetapi kamu hanya memfailkannya malam tadi pada 11.33 malam, saya nampak,” kata Hakim Firuz kepada peguam kanan persekutuan, Shamsul Bolhassan.

"Walaupun saya suka suka membaca hujahan sebelum tidur, jika kita teruskan, ini tidak baik kepada pihak kamu.

"Saya telah baca hujahan David Matthew (peguam Shafee) tetapi saya belum ada peluang untuk membaca hujahan kamu."

Hakim kemudian mencadangkan supaya kes itu ditangguhkan sehingga jam 3 petang hari ini setelah kedua-dua pihak bersetuju.

Pada 1 Mac lalu, Peguam Negara Tommy Thomas telah diberi kebenaran untuk merujuk Shafee atas tuduhan menghina mahkamah atas komen-komennya di video KiniTV yang bertajuk "Shafee: This is completely bonkers".

Peguam yang mewakili Najib Razak dalam kes-kes yang berkaitan dengan 1MDB itu membuat ulasan berkenaan selepas bekas perdana menteri itu diberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) bagi tiga pertuduhan pengubahan wang haram pada 7 Feb.

Dalam video tersebut, antaranya Shafee dirakamkan sebagai berkata:

“[...] But we think our case is very good. Ok? If you leave the judge alone, do not influence the judge, if the judge is straight, if witnesses are not coached and not fabricated evidence, we should win. Ok?

“Much to our surprise. My opinion is we should win. Ok? Alright.” atau terjemahannya

"[...] Tetapi kita fikir kes kita sangat baik. Ok? Jika kamu tidak ganggu hakim, jangan pengaruh hakim, jika hakim itu lurus, jika saksi tidak diajar dan tidak menipu bukti, kita harus menang. Ok?

"Kami terkejut. Pendapat saya ialah kita harus menang. Ok? Baiklah."

Shafee, yang hadir di mahkamah hari ini, memohon untuk mengketepikan kebenaran yang diberikan untuk membicarakannya atas tuduhan menghina.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS