Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
K’jaan tarik balik larangan perjalanan ke atas bekas AG

Bekas Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali kini boleh ke United Kingdom untuk menghadiri majlis tamat latihan dalam kamar anak tirinya tanpa sebarang sekatan perjalanan.

Ini susulan keputusan Jabatan Imigresen yang memaklumkan perkara itu dalam sepucuk surat yang bertarikh 8 Mei.

Sehubungan itu, peguamnya M Visvanathan hari ini berkata, Apandi telah menarik balik cabaran undang-undangnya terhadap keputusan kerajaan melarangnya membuat perjalanan ke luar negara.

"Kami telah menarik balik permohonan mendapatkan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman susulan surat dari Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen bertarikh 8 Mei 2019, yang menarik balik sekatan perjalanan ke atas Apandi daripada ke luar negara.

"Dengan ini, tiada apa-apa untuk menghalangnya ke luar negara sekarang.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Pakatan Harapan atas keputusan ini dan memastikan hak individu untuk ke luar negara terjamin selagi orang itu belum didakwa di mahkamah atau ada sabitan jenayah,” katanya.

Visvanathan bercakap kepada pemberita selepas menghadiri pengurusan kes tindakan undang-undang dikamar hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mariana Yahya pagi ini.

Hakim tidak membuat sebarang arahan mengenai kos dan Apandi juga tidak hadir di mahkamah hari ini.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS