Kerajaan Malaysia memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Komersil di London untuk menangguhkan permohonan negara yang bertujuan mahu membatalkan penghakiman persetujuan membabitkan 1MDB dan dua syarikat Abu Dhabi.
Dalam satu kenyataan hari ini, Peguam Negara Tommy Thomas berkata mahkamah tersebut mahu proses timbangtara antara entiti Abu Dhabi dan 1MDB diselesaikan terlebih dahulu.
“Prosiding timbangtara tersebut akan diteruskan di London dengan pengawasan mahkamah.
“Malaysia tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah Londoh yang membenarkan kes penipuan secara besar-besaran yang melibatkan kepentingan umum itu perlu terlebih dahulu melalui proses prosiding timbangtara secara tertutup, tanpa didedahkan kepada awam,” kata Thomas.
Oktober lalu, 1MDB dan pemiliknya, Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) mencabar satu penghakiman persetujuan yang memerlukan kedua-dua syarikat tersebut membayar AS$5.78 bilion kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investments PJS (Aabar).
1MDB dan MKD mengemukakan kepada Mahkamah Komersil London bahawa penyelesaian dan persetujuan tersebut didalangi oleh bekas perdana menteri Najib Razak sebagai sebahagian daripada konspirasi untuk menipu dengan IPIC dan Aabar selaku rakan subahatnya.
Malaysia sedang cuba mendapatkan semula AS$3.5 bilion daripada IPIC dan Aabar.
Cubaan IPIC dan Aabar untuk membatalkan saman tuntutan tersebut tidak berjaya. Bagaimanapun, kedua-dua syarikat itu telah memulakan prosiding timbangtara kedua terhadap 1MDB dan MKD.
Di sebalik semua masalah itu, Thomas percaya bahawa perbicaraan berkenaan perlu bagi memastikan Malaysia mendapatkan semula wang yang dibayar secara salah semasa zaman Najib.
“Kerajaan sentiasa fokus dalam usahanya untuk memastikan aset-aset Malaysia dapat dipulihkan,” katanya.
Malaysia melalui syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Menteri Kewangan Diperbadankan (MOFI) telah memfailkan permohonan mendapatkan izin bagi merayu keputusan Mahkamah Dagang London ke Mahkamah Rayuan.
Peguam Negara, Tommy Thomas, berkata ia berikutan keputusan mahkamah tersebut membenarkan permohonan mendapatkan semula US$3.5 bilion (RM14.68 bilion) daripada International Petroleum Investment Company (IPIC) diputuskan menerusi prosiding timbang secara tertutup sebelum ini.
“Keputusan Mahkamah London, yang membenarkan isu penipuan besar-besar yang mustahak kepada umum diputuskan terlebih dahulu menerusi prosiding timbang tara yang tertutup tanpa pemerhatian umum, adalah tidak memuaskan bagi Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata prosiding tersebut adalah langkah untuk mendapatkan semula sejumlah wang yang besar yang telah dibayar oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.
Justeru, katanya, kerajaan tetap menumpukan usahanya untuk memastikan aset-aset Malaysia dapat dipulihkan semula.
"Sebagaimana yang dapat dilihat daripada penghasilan aset melalui proses pemulihan aset baru-baru ini, usaha kerajaan untuk mendapatkan keadilan bagi rakyat Malaysia berikutan apa yang telah diperhalkan sebagai 'kleptokrasi yang paling dahsyat’ mula membuahkan hasil,” katanya.
Tommy berkata sekiranya berjaya dalam tindakan undang-undang di United Kingdom, Malaysia dapat meneruskan usaha untuk mendapatkan semula US$3.5 bilion (RM14.68 bilion) yang telah dibayar anak syarikat 1MDB kepada anak syarikat IPIC.
Menurutnya, di bawah Award Persetujuan, Malaysia dikhendaki membayar US$5.78 bilion (RM24.24 bilion) kepada IPIC dan Pemegang Amanah Bon untuk tempoh lima tahun.
“Di bawah Award Persetujuan, Malaysia antara lain, perlu mengambil tanggungjawab penuh untuk kesemua bayaran faedah dan jumlah pokok di bawah dua bon dikeluarkan oleh 1MDB pada 2012 yang dijamin bersama oleh IPIC,” katanya.
Menurutnya, setakat Mei 2019, sebanyak US$1.6 bilion (RM6.71 bilion) telah dibayar dengan baki berjumlah US$4.16 bilion (RM17.44 bilion).
Beliau berkata jumlah baki tersebut mewakili faedah dan wang pokok yang perlu dibayar kepada Pemegang Amanah Bon untuk Bon-Bon 2012 itu.
"Dakwaan dikemukakan di Mahkamah Dagang London ialah Surat Ikatan Penyelesaian dan Award Persetujuan telah direka oleh Najib sebagai sebahagian daripada konspirasi untuk menipu dan IPIC dan Aabar Investments PJS (Aabar) tahu bahawa Najib bertindak bertentangan dengan kepentingan MOFI dan 1MDB,” katannya.
Tommy berkata Mahkamah Dagang London telah menolak percubaan IPIC dan Aabar untuk membatalkan permohonan 1MDB dan MOFI untuk mencabar Award Persetujuan yang dipersetujui oleh pentadbiran Najib.
Beliau berkata Mahkamah Tinggi juga menolak permohonan IPIC dan Aabar di bawah Seksyen 9 Akta Timbang Tara UK 1996 untuk menangguhkan permohonsn 1MDB dan MOFI sementara meunggu prosiding timbang tara yang sedang berjalan, diputuskan.
Katanya, Hakim Sir Robin Knowles dari Mahkamah Dagang London berpandangan bahawa kes di hadapannya merupakan salah satu keadaan yang 'luar biasa dan mendorongnya’ untuk berasa patut dari sudut pengurusan kes, membenarkan isu-isu utama antara pihak didengar terlebih dahulu dalam prosiding timbang tara yang sedang berjalan.
"Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi menekankan bahawa ia kekal bersedia untuk meneruskan cabaran 1MDB dan MOFI pada bila-bila masa dengan mengambil kira keadaan semasa,” katanya.
1MDB dan MOFI telah memfailkan permohonan di Mahkamah Dagang di London, United Kingdom, Oktober tahun lalu bagi mencabar Award Persetujuan yang direkodkan oleh dua pihak dari Malaysia di bawah pentadbiran Najib pada Mei 2017 dengan IPIC dan Aabar.
Award Persetujuan tersebut adalah untuk mengakhiri prosiding timbang tara yang dimulakan oleh IPIC dan Aabar terhadap 1MDB dan MOFI di hadapan tribunal Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London pada 2016.
