Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Saman Teck Lee punca kelewatan RCI kehakiman
Diterbitkan:  Jun 2, 2019 1:24 PM
Dikemaskini: 6:29 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong, hari ini menjelaskan punca kelewatan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk menyiasat dakwaan dalam badan kehakiman negara ini.

Bercakap di majlis serahan bantuan Aidilfitri di Batu Sapi, Sandakan, Liew berkata bekas ketua menteri Sabah Yong Teck Lee mengemukakan saman pemula bagi menghalang penubuhan RCI berkenaan.

Liew yang juga anggota parlimen Batu Sapi menambah, saman tersebut dikemukakan Yong atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan.

Justeru, katanya, kerajaan menghormati semua proses undang-undang dan akan menunggu hasil keputusan tuntutan Yong itu, yang akan didengar di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, esok.

Bagaimanapun, kata Liew siasatan yang dilakukan oleh polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau agensi lain ke atas dakwaan salah laku badan kehakiman masih boleh diteruskan.

Untuk rekod Yong menjadi ketua menteri Sabah dari Mei 1996 hingga Mei 1998 mengikut sistem penggiliran yang diamalkan di Sabah.

Beliau memfailkan saman bagi mencabar penubuhan RCI berkenaan pada 29 April lalu dengan menamakan kerajaan persekutuan sebagai responden.

Ekoran dakwaan hakim

Katanya penubuhan RCI berkenaan boleh mengakibatkan gangguan terhadap kuasa eksekutif dan beranggapan sebarang kesalahan dalam bidang kehakiman hanya boleh diselesaikan melalui tribunal.

Menurut saman pemula itu, Yong meminta mahkamah mengisytiharkan empat deklarasi.

Pertama Yong mahu mahkamah memutuskan keputusan Putrajaya untuk menubuhkan RCI adalah tidak berperlembagaan kerana melanggar prinsip pemisahan kuasa dan Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan.

Yong Teck Lee

Perkara 125 menggariskan prosedur untuk penggantungan dan pemecatan hakim.

Yong juga mahukan pengisytiharan bahawa keputusan untuk menubuhkan RCI dicemari dengan konflik kepentingan dan pramatang kerana ia berasaskan "tuduhan tidak berasas dan umum".

Selain itu, beliau mahukan mahkamah tinggi mengisytiharkan bahawa tindakan yang sesuai ialah menjalankan siasatan terhadap dakwaan ke atas pihak berkuasa.

Yong juga sedang meminta kos dan pelepasan lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Putrajaya pada Februari bersetuju untuk menubuhkan RCI selepas Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer mendakwa berlaku amalan rasuah dan salah guna kuasa dalam badan kehakiman.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS