PSC buat lawakkah nak panggil Latheefa - Peguam
Kenyataan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai lantikan perkhidmatan awam yang mahu memanggil Ketua Pesuruhjaya baru SPRM Latheefa Koya minggu depan mengenai visi dan misi Latheefa untuk memerangi rasuah mendapat maklum balas seorang peguam dan bekas anggota parlimen PKR.
Penasihat Lawyers for Liberty, N Surendran berkata tindakan PSC mahu memanggil Latheefa sebagai "membuang masa" seorang penjawat awam.
"Kamu nak tanya mengenai 'visi dan misi' beliau? Ini lawak kah? Pergi baca di laman web SPRM mengenai 'visi dan misi' suruhanjaya itu yang dapat dilihat semua orang.
"Kenapa hendak buang masa seorang penjawat awam? Apa motifnya?" Soal peguam itu pada ciapan di Twitter semalam.
Dalam suatu lagi hantaran di media sosial, Surendran juga berkata manakala PSC boleh memanggil penjawat awam untuk mendapat taklimat, ia tidak patut mengeluarkan kenyataan media secara berterusan membuat dakwaan "berbentuk politik" terhadap Latheefa.
"Betul. Tidak salah untuk memanggil penjawat awam ini untuk memberi taklimat, tetapi tidak sesuai untuk mengeluarkan kenyataan media secara berterusan dengan serangan berbentuk politik yang dilakukan sepanjang dua minggu yang lalu.
"Tindakan PSC mencerminkan Dewan Rakyat itu sendiri - jadilah bertanggungjawab, serius dan adil dalam melaksanakan tugas anda. "
Maklum balas Surendran ini selepas bekas pengerusi Bersih, peguam Ambiga Sreenevasan berkata mengenai taklimat PSC: "Adakah ini taklimat atau penyiasatan?"
Pengerusinya William Leong berkata, Latheefa akan disoal berhubung tanggungjawabnya dalam menjalankan tugas baru itu tanpa pengaruh politik.
"Dia (juga) tidak mempunyai pengalaman dalam menyiasat kes-kes rasuah, dan kami ingin tahu bagaimana dia akan menangani perkara ini," katanya, petik laporan media.
Menurut Leong perkara ketiga yang akan ditanya ialah mengenai visi dan misi Latheefa untuk memerangi rasuah.
PSC telah menetapkan pertemuan itu dengan Latheefa pada 20 Jun.
[Baca berita penuh]

