Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bekas ketua setiausaha sulit Najib kini terajui Intan
Diterbitkan:  Jul 3, 2019 12:08 PM
Dikemaskini: 6:03 AM

Bekas ketua setiausaha sulit perdana menteri yang berkhidmat di era Najib Razak, Iskandar Mohd Kaus dilantik sebagai pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (Intan).

Menurut Facebook Intan, pelantikan beliau sebagai pengarah Intan ke-17 berkuat kuasa mulai kelmarin.

"Warga Intan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada Yang Berbahagia Datuk Seri Haji Iskandar Bin Datuk Haji Mohd Kaus atas pelantikan beliau sebagai pengarah Intan ke-17 berkuat kuasa 1 Julai 2019," menurut Facebook itu.

Iskandar dilantik sebagai ketua setiausaha sulit perdana menteri menggantikan Shukry Mohd Salleh pada Oktober 2016.

Intan ialah agensi kerajaan pusat yang melatih penjawat awam dalam hal ehwal pengurusan dan pentadbiran.

Iskandar yang sebelum itu timbalan ketua setiausaha sulit perdana menteri mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan awam lebih 20 tahun.

Ketua setiausaha negara sebelum ini Dr Ali Hamsa berkata, Iskandar mempunyai pengalaman luas dalam bidang perhubungan antarabangsa, perundangan dan penyelarasan pentadbiran.

Iskandar memiliki ijazah sarjana muda perundangan dari Universiti Leicester, United Kingdom dan ijazah sarjana kajian pertahanan dari Universiti New South Wales, Australia.

Beliau yang menyertai per­khidmatan pegawai tadbir dan diplomatik pada Mac 1994 pernah menduduki beberapa jawatan termasuk ketua unit antarabangsa Intan Jabata.

Selain itu, beliau juga pernah menjadi timbalan pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Malaysia (Mampu) serta timbalan ketua setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Lantikan bekas pegawai Najib di Intan dibatalkan

Lihat Komen
ADS