Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sesi Soal Jawab PM mulai sidang Dewan akan datang

Kira-kira 10 hari selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong mengumumkan bahawa tiada keperluan untuk mengadakan sesi khas Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat, hari ini, beliau menukar rentaknya.

Sebaliknya, Liew mengumumkan bahawa PMQ akan dilaksanakan pada sesi sidang parlimen berikutnya.

“PMQ, sememangnya PM (Dr Mahathir Mohamad) telah pun mengeluarkan dia punya hasrat bahawa dia memang minat untuk jawab soalan.

“Dan pada rekod kita tahun lalu, dia kerap datang Dewan untuk jawab soalan. Jadi langkah untuk mengadakan proses PMQ juga dalam proses.

“Kita harap kita akan dpt mengadakan PMQ ini pada sesi yang akan datang,” katanya ketika menjawap soalan Wong Chen (PH-Subang).

PMQ adalah antara janji 16 manifesto pilihan raya Pakatan Harapan untuk memperuntukan masa sesi soal jawab selama 30 minit setiap minggu ketika sidang Dewan Rakyat.

PMQ dikatakan mampu menjadi platform sah untuk para anggota parlimen mengajukan pertanyaan kepada perdana menteri, yang pada keadaan lain tidak wajib menjawab soalan di Dewan Rakyat.

Ia bertujuan sebagai alternatif untuk semak dan imbang - sebagai ganti kepada jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) - memandangkan tiada PSC untuk memantau Pejabat Perdana Menteri dalam model parlimen Westminster.

Sebelum ini, ramai anggota parlimen kecewa apabila semasa pentadbiran Najib Razak selaku perdana menteri ketika BN memerintah, beliau jarang hadir ke sidang parlimen apatah lagi menjawab soalan.

Lihat Komen
ADS