Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Penganjur seminar Amman Message bingung dapat ancaman

Penganjur Seminar The Amman Message - yang dijadual berlangsung esok - tidak menjangkakan akan menerima ugutan ganas sehingga menyebabkan ia terpaksa dibatalkan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS), Prof Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil memberitahu Malaysiakini seminar tersebut dicadangkan dengan matlamat untuk menyerukan perpaduan umat Islam di seluruh dunia.

"Mengapa ia diancam oleh kumpulan tertentu - saya tidak berhajat untuk membuat sebarang spekulasi," katanya yang mengesahkan penganjur telah diarahkan untuk membatalkan seminar berkenaan atas faktor keselamatan.

Semalam Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, Asmawati Ahmad, berkata polis tidak bercampur tangan dalam keputusan penganjur membatalkan seminar itu.

Asmawati turut mengesahkan satu laporan polis dibuat ke atas beberapa komen yang terdapat di laman Facebook Gerakan Banteras Syiah minggu lepas yang membuat ugutan bom seminar tersebut.

The Amman Message ialah kempen perpaduan umat Islam adalah usaha Raja Abdullah di Jordan pada 2004, diikuti dengan rundingan 24 ulama Islam yang kemudian membuat keputusan atas tiga perkara utama.

Ia kemudian disokong 200 ulama dari lebih 50 negara.

Menurut laman sesawang rasmi The Amman Message tiga isu asas itu ialah:

  1. Para ulama secara khusus mengakui kesahihan semua lapan mazhab dari Sunni, Syiah dan Ibadhi Islam; teologi islam tradisional (Ash'arisme); sufisme dan pemikiran salafi.
  2. Berdasarkan takrifan itu mereka melarang perbuatan takfiri antara orang Islam; dan
  3. Berasaskan sekolah pemikiran undang-undang yang diiktiraf, ulama menyatakan prasyarat subjektif dan objektif untuk mengeluarkan fatwa bagi mendedahkan penyebaran curang dan batil atas nama Islam.

Ketiga-tiga perkara itu kemudian dibentangkan dan diterima sebulat suara oleh pemimpin politik di Sidang Kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam di Mekah pada Disember 2005.

Antara ahli politik Malaysia yang menandatangani perisytiharan tersebut termasuk Pengerusi IAIS, Abdullah Ahmad Badawi - yang menjadi perdana menteri ketika itu; Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof pada asalnya dijadual merasmikan seminar anjuran bersama IAIS, Pergerakan Antarabangsa Bagi Dunia Sedunia (Just) dan firma perundingan Zubedy itu.

Penceramah yang dijadualkan mengambil bahagian termasuk cendekiawan Islam merangkap Ketua Pegawai Eksekutif IAIS, Hashim Kamali; ahli akademik Osman Bakar dan Kamar Oniah Kamaruzaman, serta aktivis Dr Chandra Muzaffar.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS