Laporan Ketua Audit Negara 2018 mendapati Jabatan Kerja Raya (JKR) membuat pembayaran dua kali secara tidak sengaja dalam proses pengambilalihan tanah untuk Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Ecer) di Pahang.

"Jumlah yang sepatutnya ialah RM46,547.50. 

"Pembayaran lebihan sebanyak RM46,547.50 adalah kerana kecuaian JKR membayar sebanyak dua kali, " jelas laporan itu.

Menurut laporan, JKR membayar sebanyak RM93,095 untuk pengambilalihan tanah.

Walaupun JKR telah memulakan tindakan untuk menuntut bayaran balik daripada penerima bagi pembayaran kedua, bayarannya masih belum dikutip, tambah laporan itu lagi .

Ini ditunjukkan bawah kajian prestasi jabatan kerajaan tahap pengutipan bagi tahun 2018.

JKR mencatatkan prestasi paling rendah daripada 17 jabatan yang diaudit oleh Jabatan Audit Negara pada tahun 2018, walaupun prestasinya masih dinilai sebagai baik.

[Baca berita asal]