Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Latheefa: Tak perlu jumpa saya, memadai fail aduan dengan SPRM
Diterbitkan:  Jul 22, 2019 1:23 PM
Dikemaskini: 6:20 AM

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya hari ini menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat relevan atau aduan untuk membawa kes mereka kepada suruhanjaya anti-rasuah itu daripada bertemu dengannya.

"Jika ada aduan dan orang ramai mempunyai sebarang maklumat atau aduan, mereka amat dialu-alukan untuk membawanya kepada kami. Kami akan serah (maklumat) kepada jabatan siasatan untuk menyiasatnya.

"Jadi, sebenarnya tidak perlu untuk ketua pesuruhjaya berjumpa dengan pengadu secara langsung.

"Sebaliknya, kami pasti akan memproses maklumat itu dan melihat sama ada (ia) layak membuka siasatan atau (untuk) mengesahkan maklumat itu," katanya ketika ditanya mengenai permohonan Ahli Parlimen Kuching Kelvin Yii untuk perjumpaan ‘empat mata’.

Wakil rakyat DAP berkata beliau berhasrat untuk menggesa Latheefa supaya membuka semula siasatan ke atas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Abdul Taib Mahmud (foto, bawah).

 

Diasak jika suruhanjaya berkenaan akan menyiasat Abdul Taib, ketua pesuruhjaya SPRM itu menjawab bahawa beliau tidak dapat memberikan ulasan mengenai "siasatan yang masih berterusan".

Bagaimanapun, beliau mengulas sedikit berhubungan siasatan berterusan agensi anti-rasuah itu dalam kes personaliti "berprofil tinggi" yang tidak dinamakan dari negeri bumi kenyalang itu.

"Ia (kes-kes itu) mungkin berprofil tinggi dalam banyak cara. Ia mungkin berprofil tinggi kerana individu yang terlibat, jumlah yang besar dan kesannya.

"Jika ia melibatkan alam sekitar (atau) kesihatan, ia juga akan menjadi berprofil tinggi. Ia bergantung kepada jenis kes," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sebuah acara anjuran Pejabat Bangsa-bangsa Bersatu berkaitan Jenayah dan Dadah (UNODC) di Kuala Lumpur hari ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS