Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
PM: Kumpulan antikonsert tak wakili pandangan majoriti

Pihak yang membuat bantahan terhadap konsert atau sebarang pertunjukan yang boleh menjadi tarikan pelancong tidak mewakili pandangan majoriti rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang melancarkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 di KLIA Sepang hari ini berkata, mereka yang suka akan acara itu patut menyuarakan pandangan mereka.

"Mereka yang protes ialah minoriti maka majoriti juga perlu buatkan suara mereka didengar. Ia agar kita (kerajaan) tidak kelihatan menolak suara majoriti.

"Mereka hanyalah sekumpulan aktivis yang cuba menunjukkan mereka adalah majoriti, tetapi sebenarnya bukan," katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan sedia memudahkan prosedur penganjuran konsert di Malaysia memandangkan sebelum ini pernah berlaku pembatalan saat akhir ekoran bantahan awam.

Berkenaan sasaran kunjungan pelancong tahun depan, Mahathir berkata kerajaan menyasarkan untuk menarik lebih tiga juta pelancong dari China, selaras dengan kedudukan negara itu selaku rakan dagang terbesar Malaysia.

"Kami akan cuba sedaya upaya untuk menjadikan Malaysia popular di China," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS