Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Senator cadang akta lindungi lelaki dari tergoda, terjebak jenayah’
Diterbitkan:  Jul 31, 2019 6:24 PM
Dikemaskini: 10:25 AM

Senator PKR Mohd Imran Abd Hamid mencadangkan undang-undang gangguan seksual untuk melindungi kaum lelaki daripada tergoda dan terjebak dengan jenayah seperti rogol.

“Wujudkan satu akta gangguan seksual ke atas kaum lelaki akibat perlakuan, percakapan dan pemakaian kaum wanita yang boleh sebabkan kaum lelaki tergoda hingga boleh sebabkan perbuatan seperti sumbang mahram, rogol, meraba, pornografi dan sebagainya,” katanya.

Pesara tentera laut itu memberitahu Dewan Negara, gesaan itu dibuat supaya golongan lelaki “selamat” dan seteruskan “negara jadi aman”.

Timbalan Speaker Dewan Negara Abd Halim Abd Samad kemudian menyampuk “pandangan yangg baik”.

Mohd Imran mengemukakan cadangan itu kepada menteri agama Mujahid Yusof Rawa ketika membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019.

RUU itu lulus di Dewan Rakyat pada 15 Julai lalu.

Mujahid tidak menyentuh cadangan Imran itu ketika sesi menggulung perbahasannya.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Hannah Yeoh sebelum ini berkata statistik dari 2013 hingga 2017 menunjukkan sebanyak 2.1 peratus lelaki menjadi mangsa gangguan seksual.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS